Quantcast
Channel: theizzs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

ORANG KATA, "JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"

$
0
0
Hospital Kuala Lumpur (HKL) ni luas. Siapa yang tak tahu jalan, silap haribulan boleh sesat. Sedangkan nak cari Institut Pediatrik pun masih ramai yang tak jumpa. Buktinya, bila anak aku admitted, mesti ada yang akan call tanya "Dimana Institut Pediatrik?" Tak pun sedang lepak-lepak, mesti ada yang akan berhenti, bertanya lokasi satu-satu bangunan.

Ada kaitan ke? Eh, ada! Ni yang aku nak cerita ni. Sejak suku keempat tahun 2017, aku kena ambil bekalan TPN (Nutrisi Parenteral) anak di Blok Utama HKL. Kenapa? Entahlah, aku cuma ikut saja apa kata pharmacists. Sebelum tu, aku cuma ambil bekalan TPN di Institut Pediatrik je samada di Unit Porter ataupun di Wad KK4.


Kenapa aku buka cerita ni? Sebabnya bila aku kena ambil bekalan TPN di farmasi di Blok Utama HKL, aku kena berjalan jauh. Faham-fahamlah HKL sekarang, bukannya boleh letak kereta sesuka hati, nanti kena towing. In fact, kereta aku pernah sekali hampir-hampir kena towing. Dah terangkat pun tayar depan kereta, mujurlah brader tu baik hati turunkan semula kereta aku. Jika tidak, RM150.00 tu. Huhuhu

Kalau nak guna cara baik untuk ke farmasi, aku kena park kereta samada di Parking Bertingkat HKL ataupun di parking stadium depan Institut Pediatrik HKL tu. Rasanya, jarak antara parking bertingkat ke Blok Utama dan parking stadium ke Blok Utama, lebih kurang je. Bezanya, bayaran parking. Sejam di Parking Bertingkat HKL, RM2 tapi sejam di Parking Stadium, RM3. Jadi, aku pilih yang mana? Mestilah yang murah.

Advantage nya pada Parking Bertingkat HKL, bawah tu ada cafe. Bukan sebab aku nak makan atau minum, tapi kerana aku nak bungkus ais batu untuk diisi dalam cooler box TPN ni. Purata lah kan .. Biasanya dari mula aku ambil tiket parking, park kereta, singgah cafe beli ais batu, menapak ke Blok Utama HKL, tunggu lif, berhenti di tingkat 2, report pada kaunter Farmasi Bekalan Wad, tunggu Farmasi TPN beri TPN, tunggu lif semula, menapak semula ke Parking Bertingkat HKL, bayar parking dan keluar ..... around 30 minit. Itu kalau aku tak singgah mana-mana. Kalau aku menyimpang? Tambah lagi masa. Hehehe.


Mula-mula dulu, bapak penatnya rasa. Bila dah biasa, Alhamdulillah. Lagipun TPN ni penting untuk anak aku. Maka, itulah yang aku kena lakukan demi kelangsungan hidup anak aku. Iyalah, itu kan bahagian dia, bahagian kita, kita tak tau bagaimana nanti? Aku haraplah, akan datang boleh ambil TPN di Farmasi Drive-Thru je. Hihihi. Aku bukan komplen, tapi aku harap je.

Oklah, penat ni menapak. Rehatkan diri kejap. Nanti sambung cerita. See ya!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.