Quantcast
Channel: theizzs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

ANAK PERGI SEKOLAH PUN SEDIH?

$
0
0
Alaaa, sekejap je pun adik pergi sekolah. Nanti tengahari sayang jumpa semula dengan adik. Yang nak sedih-sedih sangat tu dah kenapa? "Abang tak tau apa perasaan sayang!" Emmm, bila isteri dah jawab macam tu, aku malas lah nak tanya lebih-lebih lagi. Nanti tak pasal bergaduh pula.



Sebenarnya aku tahu kenapa isteri sedih setiap kali hantar adik ke sekolah. Dia ni jenis yang 'terkenang'. Jenis ingat kisah-kisah yang lalu, dan membawa kepada hari ini. Sebab tu lah dia asyik rasa sedih je, padahal ianya lebih kepada terharu dan rasa tak percaya.

Kalau diingatkan balik apa yang adik dah lalui dulu, dengan apa yang adik lalui sekarang, aku sendiri pun rasa tak percaya. Orang yang dah lalui 31 kali prosedur pembedahan, orang yang dah berulang-kali keluar masuk wad, ditambah pula dengan dia yang masih lagi perlu meneruskan rawatan hospital dirumah seumur hidupnya, memang rasa tak percaya.

"Adik dah sekolah!" Itulah yang selalu diungkapkan. Adik ni istimewa. Dia bersekolah dengan tiub yang masih ada didada. Tiub CVL untuk 'infuse' dia punya nutrisi (TPN). Sebab tu setiap kali isteri hantar adik ke sekolah, dia akan pesan "Adik jangan usik wayar ye!" instead of "Adik belajar rajin-rajin ye." Tiub CVL ni nyawa dia.

Aku bersyukur sangat yang ada sekolah sanggup terima adik ni walaupun keadaan dia begitu, terutama sekali cikgu dan pembantu cikgu. Dengan keadaan adik ni, mereka tak boleh terlepas pandang langsung. Sebab tu aku ringankan sikit tugas mereka dengan pakaikan adik glove. Bila ada aktiviti, cikgu bukalah sebelah glovenya.

Ok, balik kepada cerita. Masa hantar adik tu, tak sedih mana pun. Yang buatkan tambah sedih tu, masa tinggalkannya dan dia melambai kegembiraan. Kita ni berjujur airmata, dia ok je "Bye mama, bye papa"

STOP disini, nak ambil adik balik sekolah jap. Hehehe.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.