Quantcast
Channel: theizzs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

SEBENARNYA

$
0
0
SEBENARNYA anak aku sekarang ni berada di wad. Sudah 11 hari dia 'admitted'. Bila anak di wad, aku akan tinggal bertiga bersama-sama along dan angah, manakala isteri yang akan menjaga anak di wad. Bila duduk bertiga, anak-anak cepat tidur. Bila anak tidur, aku melangut je lah. Dan terlintaslah sedikit tentang apa yang ujian ini sedikit sebanyak telah mengajar aku dan keluarga. Meh aku kongsikan sedikit.

SEBENARNYA aku tidak boleh hendak harapkan orang lain untuk rasa apa yang aku lalui atau rasai. Aku tidak boleh nak marah jika ada yang tidak memahami. Aku cuma boleh beritahu (bercerita) kepada mereka sahaja. SEBENARNYA hidup aku ni bukan di'measured' dengan berapa kali aku jatuh, tetapi berapa kali aku bangun dan teruskan kehidupan.

SEBENARNYA hidup ini 'learning process', aku tidak harus lupa dan berhenti daripada cabar diri aku untuk menjadi yang lebih baik. SEBENARNYA kawan sejati itu sangat berharga. Mereka adalah orang yang memberi aku cabaran, memberi aku inspirasi, memberi aku sokongan dan menghargai aku. SEBENARNYA aku lebih kuat daripada apa yang aku fikirkan.

Lirik lagu Sebenarnya

SEBENARNYA menjadi bapa kepada anak berkeperluan khas (special needs children) ini, paling sukar sekali bagi aku adalah meminta bantuan. Aku takut dikatakan meng'guna'kan anak aku which is SEBENARNYA tidak. SEBENARNYA setiap ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi aku tetap bersyukur kerana hidup aku dipenuhi kepelbagaian dan keunikan.

SEBENARNYA hanya kerana sesuatu itu tidak direkodkan di dalam buku atau jurnal perubatan , tidak bermakna anak aku tidak dapat melakukannya. He's a survivor. SEBENARNYA aku terima kehidupan aku ini sebagai bapa kepada anak keperluan khas (special needs child).

SEBENARNYA sakit , penderitaan , kesusahan , kegembiraan , kebahagiaan, penghargaan, kecantikan semuanya relatif. Kita tidak mempunyai hak untuk menghakimi orang lain bagaimana perasaan mereka.

SEBENARNYA telah lama ku jatuh hati padamu, Bagaimana harus aku nyatakan cinta padamu, SEBENARNYA telah lama ku menantikan dirimu, Kuharap kau pun juga begitu. Ok ini lirik lagu SEBENARNYA (Alif Satar & Siti Nordiana), tiada kaitan!









Viewing all articles
Browse latest Browse all 355

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes