Quantcast
Channel: theizzs
Viewing all 355 articles
Browse latest View live

BUANG RASA `AKU' DALAM DIRI

$
0
0
“Bodohlah kau ni!"

Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"

Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.


Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.

Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.

Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.

"Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu."

Bos menahannya.
"Kenapa kau tolong aku?"

Si kerani tersenyum.
"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."

"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."

Si kerani jawab,
"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."

Bos terdiam lama.
"Maafkan aku."

Si kerani hanya tersenyum. "Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."

Bosnya berkerut kening.
"Apa dia?"

Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati. Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur. Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."

Bosnya terdiam.
"Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"

Kerani berkata perlahan, tuhan tak amalkan sikap tu semua walaupun DIA adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia. Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah."


Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.Berada di atas bukan selamanya.

Suatu hari kita juga akan berada di bawah.

Di bawah timbunan tanah. (Copy & Paste)

KERANA SAKIT KAKI, KE HULU KE HILIR DIBUATNYA.

$
0
0
Bila sakit kaki, sapu sahaja minyak angin, urutkan, jalani fisio ataupun tuamkan dengan ais batu, Inshaa Allah akan beransur sembuh. Itu yang adik Izz alami setahun yang lalu. Dia masih mampu berdiri waktu itu walaupun terpaksa berdiri sebelah kaki.

Berbeza dengan apa yang terjadi kali ini. Berdiri tidak mahu langsung, berjalan apatah lagi. Jika dia hendak kemana-mana, dia akan minta didukung. Jika sedang baring, dia akan minta diangkatkan untuk duduk. Untuk beralih posisi duduk pun dia akan minta bantuan. Kasihan.


Call dahulu doktor yang biasa merawat adik Izz di HKL, katanya boleh bawa ke klinik berhampiran dahulu. Aku pun bawanya ke Klinik Kesihatan Presint 9. Selepas jalani xray pada kedua kaki adik Izz, tiada yang ketara pada keputusan xray berkenaan yang menunjukkan kenapa adik Izz sakit pada kakinya.


Jadi, kes adik Izz di`refer' ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Disini ada Ortopedik yang akan memeriksa adik Izz. Diminta untuk jalani ujian xray lagi pada bahagian kaki adik Izz. Namun masih tidak dapat kenalpasti sebab “mengapa kaki adik Izz sakit, dan mengapa kaki kanannya tidak boleh diluruskan?".


Dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, kes adik Izz di`refer' pula ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur. Disini, ada “paeds ortopedik". Bawa semua dokumen rujukan, pun masih tak boleh nak agak apa sebabnya. Sebabnya, tiada yang menunjukkan perbezaan ketara pada keputusan ujian xray kaki kanan dan kiri adik Izz.


Akhirnya ... adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7), Institut Pediatrik HKL untuk pemeriksaan lanjut. Apapun, kena tunggu pemeriksaan lanjut dari Ortho. Dah di wad, aku legalah sikit. Sekurangnya, adik Izz dalam jagaan yang baik. Harap semuanya dipermudahkanNYA. Mudah-mudahan.

HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK KUALA LUMPUR

$
0
0
Rupa-rupanya Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Ingatkan projek apa lah! Barulah aku tahu. Ada lah dengar-dengar cerita, tapi ingatkan khas untuk kanak-kanak sahaja.


Dulu .. Mula-mula adik Izz mendapatkan rawatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, kerja-kerja `piling' sedang dijalankan. “tanggg...tanggg...tang...", bingit telinga dibuatnya. Waktu itu adik Izz ditempatkan di Pediatric High Depency Ward (PHDW), betul-betul sebelah tapak projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ni.


Tak sangka, sampai dah siap pun projek ini, adik Izz masih lagi mendapatkan rawatan di Institut Pediatrik, HKL. Emmm!

MESTI ADA SEBAB, TAPI APA?

$
0
0
Betullah tu... Apa yang berlaku mesti ada sebab. Cuma sebabnya belum ditemukan. Sudah lima hari rasanya adik Izz alami kesakitan pada kaki kanannya. Sampai sekarang, masih belum diketahui apa sebabnya.


Ujian xray sudah 3 kali, namun belum tunjukkan apa-apa sebab. Ujian ultrasound pun sudah dijalankan, namun masih tidak menampakkan apa-apa tanda. Yang pasti, adik Izz terus mengadu sakit. Bila ditanya, kaki kanannya yang ditunjuk.

Berdiri, tidak mahu. Dipaksa berdiri, dibengkokkan kaki kanannya. Yang jejak, kaki kirinya. Duduk dan baring sajalah dia. Sedangkan hendak berubah posisi kedudukan pun adik Izz akan minta dibantu.


Dari luar, tiada tanda bengkak, lebam-lebam ataupun kemerahan. Sudah tu, apalah sebabnya ye? Nak panggil orang yang arif mengurut, tidak digalakkan. Sekarang, cuma sapukan minyak (tidak panas) dan tuamkan dengan ais sahaja.

Doktor pun sedang berusaha tu. Inshaa Allah akan tahu sebabnya nanti. Harapnya cepat tahu sebab. Bukan apa, kasihan pada adik Izz, asyik mengadu “sakit...sakit...", “pedih...pedih...". Alhamdulillah, CVL adik Izz dalam keadaan yang baik dan TPN diteruskan seperti biasa.

Sabar ye, nak! Bertahanlah. Mudah-mudahan dipermudahkanNYA.

JANGANLAH MRSA LAGI, BUKAN SENANG NAK BAIK TU...

$
0
0
Discharged kali terakhir pada 17 Nov 2016 yang lalu adalah kerana adik Izz sudah `free' kuman, walaupun aku tertanya (dalam hati) “jika free kuman, mengapa perlu continue antibiotik (Cloxa) selama seminggu dirumah?". Tak apalah, adik Izz pun baik-baik saja sepanjang berada dirumah.


Admitted kali ini pula bukanlah kerana kuman, tetapi kerana kaki kanan adik Izz yang sakit. Masuk wad pun bukan wad kebiasaan (Wad KK4) adik Izz, tapi Wad Ortopedik (Wad KK7).

Bab sakit pada kaki tu belum pun tahu sebabnya lagi. Oklah, doktor pun sedang usaha cari sebab tu. Inshaa Allah akan jumpa sebab tu nanti. Mudah-mudahan.


Dengar pula adik Izz kena MRSA, mulalah rasa runsing. Aduhai! MRSA ni pada aku, power sikit. Susah nak baik, tapi bukanlah tak boleh baik. Entahlah... lepas satu, satu. Harap, cepatlah sembuh ye adik Izz! Mudah-mudahan.

TAKUT DENGAR BILA NAK KENA X-RAY TULANG BELAKANG.

$
0
0
Tengah sedap melayan adik Izz, tiba-tiba nurse datang beritahu yang adik Izz perlu jalani Spine X-ray. “Hahhh! Spine? Tulang belakang?". Macam serius saja bunyinya tu. Tak apalah, turuti sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Spine X-ray" ni? Spine X-ray adalah ujian yang menggunakan sinaran untuk menggambarkan keadaan di dalam tulang dan organ-organ badan. Spine X-ray menyediakan imej terperinci tulang belakang, dan boleh diambil secara berasingan untuk tiga bahagian utama tulang belakang - serviks (leher), torasik (belakang tengah) dan lumbar (belakang).

Kenapa pula adik Izz perlu jalani Spine X-ray? Tujuannya untuk menilai kecederaan belakang atau leher, atau untuk membantu diagnosis dan rawatan belakang atau sakit leher.


Spine X-ray boleh membantu mengesan fractures, tumors, arthritis, disc problems, osteoporosis dan infection (jangkitan). Aku syak ini mesti ada kaitan dengan “Kenapa adik Izz sakit kaki?". Mana tak nya, 3 kali sudah jalani X-ray pada bahagian kaki serta pinggul, namun masih belum tahu PUNCA kesakitan adik Izz.

Sakitnya tak tahu lah aku nak gambarkan bagaimana, tapi adik Izz memang tak nak berdiri langsung. Bila didirikan, meraunglah dia “sakit...sakit! Pedih...pedih!". Aku harap, selepas X-ray tulanh belakang ni, dapatlah tahu punca. Mudah-mudahan.

Dan jangan risau, `secara umumnya, X-ray tulang belakang adalah selamat dan tidak mungkin untuk menghasilkan kesan sampingan'. (Apa yang aku pernah bacalah!).

MRSA BUKAN PENYEBAB SAKIT KAKI

$
0
0
Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) bukan penyebab adik Izz sakit kaki. Maknanya, adik Izz sakit kaki disebabkan oleh perkara lain which is sudah seminggu berlalu masih belum diketahui puncanya.

Adik Izz sakit kaki kanannya, itu yang nampak ketara lah. Namun, setelah menjalani 3 kali ujian X-ray pada bahagian kaki, tidak menemui apa-apa. Semalam, adik Izz menjalani X-ray tulang belakang but still tidak menunjukkan apa-apa. Tak apalah, kita usaha lagi cari sebabnya.


Berbalik kepada MRSA. Adik Izz merupakan `carrier'. Aku tak berapa fasih nak cerita tetapi mengikut apa yang aku faham, mungkin kerana MRSA masih berada dalam darah adik Izz semasa kali terakhir discaj. Discaj waktu itu pun sebab adik Izz dah free kuman. Maybe tak dikesan.

Sekarang, teruskan dengan antibiotik sajalah walaupun MRSA ni “antibiotik resistance". Hope, sembuhlah. Takut juga aku jika melarat sampai ke Central Venous Line (CVL). Pasal sakit kaki, Inshaa Allah akan ketemu punca. Kita usaha. Mudah-mudahan.

WAD KK7 INSTITUT PEDIATRIK HKL ANTARA YANG TERBAIK

$
0
0
Hari ini mungkin adik Izz akan dipindahkan semula ke `rumah'nya iaitu Wad KK4. Sejak tahun 2013 lagi adik Izz telah mendapatkan rawatan disana. Tahu tidak, Wad KK4 juga dikenali sebagai Wad Pembedahan di Institut Pediatrik HKL? Ok, aku dah lama tahu. Hehehe...

Kemasukan (admitted) adik Izz baru-baru ini adalah di Wad KK7 Institut Pediatrik juga dikenali sebagai Wad Ortopedik dan Wad Pembedahan. Ini kerana adik Izz alami kesakitan pada kakinya. Merasa juga tinggal di wad lain selain Wad KK4. Ubah angin, orang kata.


Wad KK7 berbeza dengan Wad KK4 walaupun dalam bangunan yang sama. Ini kerana layout Wad KK7 adalah dua katil sebilik disertakan dengan bilik air dan berhawa dingin. Lebih memudahkan untuk meninggalkan adik Izz jika mama Izz/opah Izz perlu ke tandas. Adik Izz tak macam anak-anak lain, hendak ditinggalkan dan diperhatikan jururawat, emmm ... dia tidak mahu.

Walaupun adik Izz ditempatkan di Wad KK7, TPN (Nutrisi Parenteral) tetap juga perlu diberikan kepada adik Izz. Tak boleh skip unless terpaksa. Mungkin akan datang tak perlu TPN, siapa tahu kan?

Menariknya disini, Wad KK7 kurang familiar dengan dressing CVL dan TPN. Kurang familiar maksud aku jarang-jarang buat, bukanlah tidak tahu buat. Apa yang membanggakan adalah jururawat minta `assist' daripada mama Izz untuk dressing CVL dan TPN sepanjang adik Izz di Wad KK7. RESPEK!


Tak segan mereka akui dan tak segan bertanya. Iyalah, lama dah tak buat mungkin ada yang sudah lupa dan kekok. Aku sendiri pun bila adik Izz lama di wad, kekok rasa nk dressing bila adik Izz Home TPN (Home Parenteral Nutrition).

Sama seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya hari tu. Jururawat yang dressing CVL adik Izz, minta assist daripada mama Izz. Mulanya mama Izz nak buat sendiri, tapi jururawat berkeras nak buat sendiri. “Takpe kak...biar saya buat. Akak assist saya ye. Beritahu apa yang perlu dibuat."

TERIMA KASIH buat warga Wad KK7 Institut Pediatrik HKL atas layanan baik anda semua. Aku sangat berharap yang adik Izz boleh stay lagi disini. Hehehe.. Nak buat macamana, arahan doktor agar adik Izz dipindahkan ke Wad KK4, turuti sajalah. Wad KK4 pun sama juga, terbaik!

Eh, bukankah Wad KK7 pun Wad Pembedahan? Tak payah pindah, boleh? Hehehe... Oklah, mana-mana pun sama. YANG PENTING, adik Izz sihat. Teruskan berdoa buatnya kepadaNYA. Inshaa Allah.

TAK PERLU BOOKING PUN UNTUK DAPATKAN BILIK BERHAWA DINGIN DI WAD KK4 INSTITUT PEDIATRIK HKL

$
0
0
Akhirnya, adik Izz sudah dipindahkan dari Wad KK7 (Ortopedik) ke Wad KK4 (Pembedahan). Wad kebiasaan adik Izz. Memang sejak tahun 2013 lagi, adik Izz ditempatkan disini. Dah biasa, tahu selok-belok.


Tahun 2016, merupakan tahun istimewa buat adik Izz. Kenapa aku anggap sebagai istimewa? Sebabnya setiap kali adik Izz admitted, mesti dia akam diletakkan di dalam bilik. Bilik 2 katil dan berhawa dingin.

Dan kalaupun adik Izz baru jalani pembedahan, duduk sekejap di luar then dipindahkan semula ke dalam bilik. Tak perlu booking bagai, tersedia elok buat adik Izz. Istimewa, kan? Yang tak bestnya, dalam bilik takde TV. Dalam bilik takde bilik air. Dan bilik pula, nun dihujung wad sekali. Itu je lah.

Lain-lain, semuanya ISTIMEWA.

MUNTAH ITU DAH JADI KELAZIMAN

$
0
0
Adik Izz dan muntah. Ermmm, memang tak dapat dipisahkan. Dalam seharian, adik Izz mesti akan muntah sekurang-kurangnya 3-4 kali. Kami yang jaga adik Izz pun dah faham sangat dah.

Bangun tidur pun dia boleh muntah. Sedang on TPN pun dia boleh muntah. Bila menangis beriya pun dia akan muntah. Tengah tengok orang makan pun boleh muntah. Dalam kereta, ruang tamu, atas katil, mana-mana pun adik Izz akan muntah.


Adik Izz kan short bowel. Kalau dia tak cirit, dia akan muntah. Kalau tak muntah putih, dia muntah kuning, kadang-kadang sampai muntah hijau. Bau? Toksah kata lah, memang busuk baunya. Kalau asyik cirit, dia akan melecet.

Itulah dilema adik Izz. Dia tak minta pun jadi begini. Kami pun tak minta dia jadi begini. Apalah salah dia kalau dia muntah? Orang lain tak apa pun bila adik Izz muntah. What's WRONG with you haaa? KENAPA NAK MARAH-MARAH DIA? Heh!

Kau tak suka dia, seribu orang sukakan dia!

BERAPA KALI DISCAJ DAA... JANGANLAH ADMIT LAGI LEPAS NI, INSHAA ALLAH!

$
0
0
Adik Izz discaj hari ini, Alhamdulillah. Aku ambil cuti hari ini kerana ada urusan sikit disamping kena jaga along Izz dan angah Izz kerana mertua aku ada urusan berkaitan umrah 2017 nanti. Tiba-tiba dapat panggilan daripada mama Izz, “abang, doktor kata adik boleh balik!".

Syukur adik Izz boleh balik selepas admitted ward 14 hari. Discaj kali ini tak perlu continue antibiotik dah. Maknanya adik Izz benar-benar free MRSA lah ni ye? Hehehe.


Macam biasa, walaupun adik Izz boleh discaj pagi...tetap juga kena tunggu sehingga petang. Kenapa? Sebabnya kena tunggu stok TPN dulu. Adik Izz kan TPN dependent, jadinya balik pun perlulah dengan TPN. Belum masanya lagi untuk stop TPN walaupun untuk sehari. Takpa, kita teruskan berdoa buatnya.

Pasal kaki adik Izz tu pula, masih lagi belum nak berdiri. Tengok gaya, kena tunggu baik sendiri lah tu macam tahun lepas. Bukan apa, pelbagai ujian dah Ortho jalankan but masih belum tahu puncanya. Adik Izz pun dah kurang mengadu sakit tu. Kiranya ada peningkatan lah. Takpa, perlahan-lahan baik ye.

Adik Izz akan teruskan dengan Home Parenteral Nutrition (Home TPN). Mudah-mudahan dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.

TAK APALAH, KITA MULA SEMULA YE!

$
0
0
Secara kasarnya, adik Izz MASIH lagi sakit pada kakinya. Itu apa yang aku nampak. Bila aku tanya “sakit kat mana?", adik Izz akan pegang kakinya. Tak apalah, perlahan-lahan. Nanti baiklah tu, Inshaa Allah.

Memang ada nampak progress. Adik Izz boleh lakukan banyak perkara KECUALI berdiri yang belum boleh. Di rumah, bila adik Izz ingin kemana-mana, dia akan mengesot ataupun merangkak. Ini satu kemajuan.


Sebelum ini, adik Izz akan minta kita mendukungnya jika dia mahu bertukar tempat. Langsung tak boleh mengesot mahupun merangkak.

Rasanya, kaki tu akan baik sendiri. Ini kali kedua adik Izz alami sakit kaki. Kali pertama, sembuh sendiri. Ambil masa sebulan juga untuk lihat adik Izz berdiri dan berjalan. Semoga dipermudahkanNYA.

SUDAHNYA, BUAT TERAPI SENDIRI!

$
0
0
Hampir 3 minggu anak sakit kaki kanan. Hendak berdiri pun susah apatah lagi berjalan. X-ray? Sudah 4 kali jalani ujian X-ray, sampaikan ke tulang belakang pun dah X-ray tapi masih TAK TAHU sebab apa. Tak apalah, anak pun sudah discharged dari wad.

Di rumah, aku kerap sapukan kakinya dengan minyak sambil buat urutan ringan. Hendak dibawa kepada tukang urut, doktor tidak galakkan. Iyalah, takut jadi yang bukan-bukan pula.

Jadinya, setiap hari aku akan train anak untuk berdiri dan berjalan. Nampaklah sedikit perubahan bilamana anak dah mula boleh berdiri walaupun perlukan bantuan. Dia akan pegang sofa sambil-sambil mengangkat kakinya sedikit-sedikit untuk berjalan.


Ketara, kaki kanannya akan diseret sahaja. Nak angkat untuk menapak, belum mampu lagi. Oklah tu, ada kemajuan! Aku akan buat setiap hari sampailah anak boleh berjalan. Teringat 2 tahun lalu semasa dia mula-mula berjalan. “tak tih...tak tih...".

Ada juga guna petua tradisional untuk kakinya. Sapukan dengan sirih yang dilayur, mandikan dengan air daun kucai, guna bawang dan kapur sapukan pada setiap sendi, guna limau nipis, macam-macamlah petua yang digunakan.

Tak apa, kita berusaha, Allah jua penentunya. Inshaa Allah, dia pasti sembuh dan boleh berjalan nanti. Mudah-mudahan.

TPN HABIS AWAL?

$
0
0
Aku perhati ke beberapa hari ni, Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz awal habisnya (completed). Kalau dulu .. tak cukup 14 jam, memang tak habisnya TPN tu. Sekarang .. belum pun 12 jam, TPN dah habis. Kenapa pula?

Actually, aku suka bila TPN tu habis awal. Tak kisahlah awal sejam atau lebih daripada yang sepatutnya 12 jam, yang penting isipadu (ml) yang adik Izz dapat, mencukupi.


TPN habis awal bermakna lebih masa untuk adik Izz free. Boleh ke ruang tamu dan bermain. Kan best tu? Bayangkan sekitar 12-14 jam duduk dalam bilik, atas baby cot, dengan tiub? Lemau rasa. Penjaga boleh jadi mereng wo!

TPN habis awal ni terjadi semenjak tubing adik Izz ditukar. Pakai tiub yang separate dengan filter. Rasanya, betullah apa kata pharmacist selama ni TPN habis lambat sebab tiub. Aku ingatkan mesin “infusion pump" adik Izz rosak.

Adik Izz is TPN dependent. Maknanya hari-hari kena infuse TPN. Sampai bila? Wallahualam... #prayforizz

ELAKKAN CROWDED KECUALI ...

$
0
0
Ingat lagi bila aku pernah tanya doktor ... bila adik Izz berada di rumah, boleh atau tidak bawanya keluar berjalan-jalan? Doktor kata boleh BUT elakkan tempat-tempat yang crowded (sesak). Legalah dengar begitu, ingatkan `memerap' saja di rumah.

Aku ikut je apa kata doktor. Tapi ada ke tempat-tempat yang tidak sesak? Adaaa, sapa kata takdak? Aku pernah bawa adik Izz ke Alamanda Putrajaya. Itupun awal pagi lah sebabnya orang tak ramai lagi.

Aku pernah bawa adik Izz ke Ikea Cheras. Itupun semasa cuti Hari Raya Aidilfitri. Rasanya dalam raya ketiga aku bawanya. Memang orang tak ramai.


Aku pernah bawa adik Izz ke Dataran Masjid Putra Putrajaya. Pun sama juga, semasa cuti Hari Raya. Lengang saja. Adalah juga “tourist" yang datang. Hehehe. Bebas adik Izz disana.

Aku pernah bawa adik Izz ke Taman Persahabatan Malaysia China. Situ memang orang tak berapa ada. Yang ada pun, pasangan pengantin sedang bergambar. Banyak jugalah tempat aku pernah bawa adik Izz, semuanya tidak sesak. Timing kena betul.

Tapi, ada satu tempat yang bila aku bawa adik Izz, aku tak boleh elakkan crowded. Dimana? Bila adik Izz perlu TCA (To Come Again) ke Klinik Pakar Pediatrik, HKL. Sini je satu-satunya tempat yang aku tak boleh elakkan crowded. Hahaha. Takkan aku nak bawak adik Izz jam 2 pagi?

APA PLAN 2017?

$
0
0
Bila hampir ambang tahun baru, pasti ramai yang meletakkan azam baru, kan? Aku pun tidak terkecuali. Tiap-tiap tahun aku azamkan yang sama, tapi iyalah .. belum diperkenankanNYA lagi. Inshaa Allah, teruskan berdoa.

Fokus aku tentunya kepada adik Izz. Dia anak yang istimewa, tapi aku tak lupakan anak-anak aku yang lain. Sama-sama dapat, sama-sama tak dapat. Cuma, iyalah akan nampak sedikit kelebihan kepada adik Izz lah kan. Takpa, along Izz dan angah Izz memahaminya.


Apa azam aku Tahun 2017 ini?

Aku berharap sangat agar adik Izz tidak lagi masuk ke wad. Maksud aku, ditahan di wad. Walaupun adik Izz perlukan Nutrisi Parenteral (TPN), biarlah di rumah (Home Parenteral Nutrition). Itu saja azam yang aku renew setiap tahun sejak adik Izz sakit.

Ada ke apa-apa plan buat adik Izz 2017 ini?

Buat masa sekarang, aku belum lah dengar apa-apa plan daripada doktor. Cuma aku berharap, jika ada, janganlah libatkan usus adik Izz lagi. Tak sanggup rasa bila perut adik Izz perlu dibelah.

CVL (Central Venous Line) tu pula? Aku doakan agar dapatlah CVL yang ada sekarang ni bertahan lama. Inshaa Allah.

STAFF UNIT PORTER IPHKL RAMAH

$
0
0
Bila adik Izz under Home TPN, aku perlu ambil sendiri stok TPN adik Izz di HKL dalam 3 kali seminggu bergantung kepada keadaan. Hari yang ditetapkan pharmacist ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Maksima 3 pek yang aku akan dapat, biasanya pada hari Jumaat lah.

Dimana aku ambil stok TPN adik Izz?

Selalunya ... jika aku awal, aku akan ambil stok TPN di Unit Porter Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL). Dan jika aku lewat, aku akan ambil stok TPN di Wad KK4 saja.


Staff di Unit Porter ni dah kenal aku agaknya? Bila nampak aku sambil pikul cooler box tertulis “TPN Izzsyraq", mereka akan sapa aku. Jika TPN dari farmasi lambat siap, mereka akan inform. Dan bila stok TPN sudah sampai, mereka akan berikan yang adik Izz punya dahulu.

Staff di Unit Porter IPHKL ni akan ambil semua stok TPN untuk wad-wad di Institut Pediatrik. Dan bila sampai, mereka akan call wad berkaitan untuk ambil TPN. Aku tak pasti tugasan core di Unit Porter ni, tapi aku pasti mereka jalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Kadang, aku menyembang juga dengan mereka sementara menunggu stok TPN sampai. Wajah mereka aku kenal, tapi aku tak pernah tanya pun nama mereka. Hehehe. Sori ye! Yang penting aku kenal korang dan korang pun kenal aku, kan.


Ingat lagi masa korang bergambar bila kena ambil TPN 33 pek tu. Senyum je aku melihat gelagat korang tu. Senget bahu pikul pek TPN yang banyak tu, kan? Nanti ada masa, kita borak-borak lagi ye. Inshaa Allah, kita akan kerap berjumpa lagi nanti ye.

Selamat maju jaya buat kalian.

SAKIT KAKI DATANG BALIK

$
0
0
Beberapa hari ini, seronok melihat adik Izz berjalan. Merata dia menjelajah. Iyalah, hampir sebulan dia tidak mampu hendak berjalan kerana sakit pada kakinya. Kejap-kejap bangun, berjalan. Walaupun masih nampak dia terhencot-hencot, namun dia tetap usaha untuk berjalan.

Hendak lagi seronok, bawa sahaja adik Izz ke stesen Petronas berhampiran. Di Petronas, semua rak dia akan singgah. Paling penting, dia akan ambil roti dahulu, kemudian milo kotak, kemudian ambil air aku. Dia tahu apa minuman aku. “Air papa, air papa".


Bila lihat dia semakin baik, aku fikir ianya akan berterusan, tapi tidak. Semalam, adik Izz kembali duduk. Hendak bangun pun, alahaiii....siksanya dia. Bila tidak mampu, dia akan minta pertolongan, “angkat, angkat".

Berjalan sudah tak lalu, menyeret kakinya. He's struggling. Bila dah tak tahan, dia akan suruh didukung. Kasihannya kamu, nak! Baru nak baik, dah jadi tak baik semula.

Apalah sebabnya?

SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA

$
0
0
Bermulalah rutin harian yang sibuk bila anak-anak sudah memulakan sesi persekolahan 2017. Cuti persekolahan 2016 yang sebulan lebih ni, pantas sangat berlalunya. Terpaksalah tempuhi semula kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Adus!


Along Izz menginjak ke darjah tiga. Dah besar anak sulung aku ni. Kejap sahaja rasanya. Dalam fikiran, masih ingat perangai keanak-anakannya di darjah satu. Emmm, sampai sekarang dia masih keanak-anakan!

Angah Izz pula akan memulakan sesi persekolahan di Tabika Kemas yang baru. Tabika Kemas Flat Sri Wilayah sebelum ini sudah ditutup. Yang baru, Tabika Kemas Wirajaya 1 dan 2. Jauhlah sedikit lokasinya berbanding tabika lamanya.

Selamat memulakan sesi persekolahan 2017 ye, anak-anak!

KALAU AKU KELUAR AWAL...

$
0
0
Hari ini penuh dengan gambar anak-anak memulakan sesi persekolahan, kan? Fokus tentunya kepada anak-anak yang menginjak ke darjah satu. Seronok rasa, terasa bagai nak jadi budak sekolah semula je. Buka radio Sinar fm, pun sama sembang pasal persekolahan.

Aku kurang sikit excitednya sebabnya anak aku seorang dah darjah tiga, seorang lagi pula masih Tabika Kemas.


Anak-anak aku semuanya bersekolah di Kuala Lumpur. Mudah sikit kerana aku pun bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari aku perlu travel 40-50 km untuk hantar mereka ke sekolah. Jarak sekolah anak sulung aku dan tabika anak kedua aku lebih kurang 10 km. 10 km di Kuala Lumpur tu faham-fahamlah ye, silap masa boleh makan satu jam. Huhuhu...


Hendak sampai ke lokasi sekolah anak-anak pada waktunya, aku kenalah keluar awal. Biasanya, aku akan gerak jam 6:15 am dari rumah. KALAU AKU KELUAR AWAL, aku akan sampai sekolah pada jam 7:00 am. Awal, kan? Ada parents lagi awal sampai tau daripada aku. KALAU AKU KELUAR AWAL, aku akan sampai ke tabika pada jam 7:45 am.

Semua di atas akan berlaku KALAU AKU KELUAR AWAL. Kalau aku keluar lambat, contohnya 6:30 am ke atas ... aku akan sampai ke sekolah jam 8:00 am dan sampai ke tabika jam 9:30 am. Beza 15 minit keluar, besar bezanya aku sampai.

Oklah, nak tidur dan rehat sebabnya esok AKU NAK KELUAR AWAL. Hahaha...
Viewing all 355 articles
Browse latest View live