Quantcast
Channel: theizzs
Viewing all 355 articles
Browse latest View live

RASA NAK MARAH JE DENGAN STAPHYLOCOCCUS

$
0
0
Apa pula Staphylococcus tu? Pandai-pandailah korang google ye. Aku cuma nak bagitahu yang anak aku kena admit wad sebab Staphylococcus ni. Tu pasallah aku rasa bengang je. Mujur bakteria, kalau orang, dah lama aku sebat. Huhuhu.


Itu keputusan ujian darah anak aku yang diambil minggu lepas. Ambil dari Central Line. Patutlah demam berulang-ulang. Kadang-kadang sampai menggigil anak aku dibuatnya. Ni, tunggu pulalah keputusan ujian darah yang baru.

Dilema betul jadi anak TPN (Nutrisi Parenteral) ni. Kejap-kejap, infections. Apa boleh aku buat? Takda apa. Tahulah doktor nak selesaikannya.

Betullah doktor pernah kata “takde cara yang betul-betul boleh elak jangkitan". Memang pun. Duduk rumah, pun kena infections. Duduk wad, pun kena infections. Habis tu, nak duduk mana?

Apapun, aku doakan anak aku lekas sembuh dan lekas pulang ke rumah. Inshaa Allah.

TAK BOLEH PISAH KE?

$
0
0
“Angah balik sekolah nanti pergi rumah mak tau!". Sepanjang tahun 2016 aku beri pesanan tu kepada angah Izz. Nampaknya tahun 2017 ni pun aku kena beri pesanan yang sama. Sebabnya, angah Izz masih lagi tadika satu perumahan dengan mak.


Oh ya, mak tu adalah panggilan angah Izz kepada pengasuhnya. Aku appointed pengasuh bukan apa, sesi pembelajaran tabika jam 8:00am hingga jam 12:00pm. Jadinya, takkanlah aku nak ambil angah Izz tengahari tu dan bawanya ke pejabat? Jadinya, aku upahlah pengasuh.

Tak lama angah Izz di rumah mak. Balik tabika jam 12:00pm, mak akan jemput, mak beri makan, mak suruh mandi, mak pesan tukar pakaian dan mak suruh tidur. Petang dalam jam 4:00pm, aku dah datang ambil angah Izz.

Sepanjang tahun 2017 lah begini. 2 tahun dibawah jagaan mak. Next year, angah Izz dah tahun 1. Senang sikit kerja aku sebabnya Inshaa Allah angah Izz akan bersekolah sama dengan abangnya, along Izz.

Semoga dipermudahkanNYA.

HOME TPN BUAT IBU BAPA BERKERJAYA

$
0
0
Alaaa, berapa kerat je pun yang kena buat Home TPN tu? Iya .. sekarang memang tidak ramai yang bawah program ni, masih baru dan belum meluas lagi. In fact, tak semua hospital ada program ni. Betul!

Bagi ibu bapa yang berkerja macam aku dan mama Izz, bila anak perlukan TPN (Nutrisi Parenteral) untuk jangkamasa panjang, yang terbaik adalah Home TPN. Takkanlah anak tu hendak diberi TPN di hospital sahaja? Contoh, adik Izz. Dia TPN dependent for life, dah tu...takkan nak duduk wad for life? Eh, memang tak lah.


Aku beruntung sebenarnya. Aku ada mak dan abah yang sanggup tinggalkan kampung halaman mereka untuk sama-sama menjaga adik Izz. Jadinya, baik aku ataupun mama Izz, salah seorang tidak perlu berhenti kerja. Belum mampu rasanya untuk berada di tahap itu.

Anak TPN ni perlukan perhatian lebih, perlukan jagaan lebih. Paling penting, jaga tiub CVL (Central Venous Line) adik Izz. Jadi, mak dan abah aku tolong kami untuk menjaga adik Izz sepanjang aku dan mama Izz berkerja.

Hal-hal berkaitan TPN, mereka tak perlu risau kerana itu tugas aku dan mama Izz. Dressing CVL, connect TPN, disconnect TPN dan sebagainya, semuanya aku dan mama Izz akan uruskan. Mak abah aku bantu kami tengok-tengokkan adik Izz bila kami tiada.


Jangkamasa infuse TPN adik Izz bila dia Home TPN biasanya 12 jam. Pulang kerja, aku dan mama Izz ambil alih tugas jaga adik Izz sampailah keesokan hari kami pergi berkerja semula. Jika TPN adik Izz lambat habis, mama Izz akan stay untuk urus hal disconnect TPN dengan mak. Lambatlah sedikit mama Izz ke pejabat.

Aku, nak taknak perlu keluar dahulu kerana aku perlu hantar along dan angah ke sekolah. Mujur perumahan aku ada bus stop memudahkan mama Izz untuk pergi kerja jika aku keluar awal.

Setakat ini, Alhamdulillah mak abah aku sihat untuk tolong kami menjaga adik Izz. Aku doakan mereka sentiasa sihat hendakNYA. Jika tiada mereka? Itu aku kena fikirkan bagaimana.

MRSA PUNCA ANAK KENA KUARANTIN

$
0
0
Anak aku kena kuarantin? Apa??? Dalam beberapa bulan ni, kerap pula anak aku kena MRSA. Berulang-ulang. Dah free MRSA, datang semula MRSA. Free MRSA lagi, datang lagi si MRSA tu. Aduhai, kasihannya anak aku!

Apa MRSA ni?

“MRSA adalah singkatan dari methicillin-resistant staphylococcus aureus. MRSA adalah kuman “staph” yang tidak terpengaruh dengan jenis antibiotik yang biasanya menyembuhkan staph. MRSA dapat menembus jauh ke dalam tubuh, menyebabkan penyakit menular seperti tulang, sendi, darah, katup jantung, dan infeksi paru-paru."


Bahaya, kan? Antibiotics Cloxa yang sebelum ini diberi kepada anak, terpaksa dihentikan sambil doktor sedang fikirkan APA antibiotics yang sesuai. Hendak beri Vanco, anak aku alergik. Yang diteruskan sekarang hanyalah berinya Ethanol Lock. TPN dah 4 hari off.

Sekarang anak kena kuarantin, dipindahkan wad dan diletakkan didalam bilik. Seminggu ni tak boleh sesiapa pun datang termasuklah siblings. Aku, dapat kelonggaran sikit. Takkanlah aku pun tak boleh. Sian ke mama Izz nanti.


Mama Izz pula, tidak dibenarkan menyentuh sesiapa pun kecuali anak. Itupun perlu gunakan hand rub. Kali ini, betul-betul kaw kena kuarantin. Nak bunuh kuman penting, tapi paling penting nak jaga line anak. Iya, tiub CVLnya.

Kalaulah CVL tak dapat diselamatkan? Aku taknak fikirkannya. Mudah-mudahan dipermudahkanNYA.

PERLU JUGA ANTIBIOTIK V

$
0
0
MRSA. Aku tak pastilah berapa serius, tapi jika libatkan dengan line tu, serius lah tu! Antibiotik V. Dah lama rasanya anak tidak diberi antibiotik V ni. Kali terakhir tahun 2015. Kenapa tak beri? Sebabnya anak aku alergik. Bila beri, anak naik kemerahan dan bengkak.

Kali ini, nak taknak tetap kena beri anak antibiotik V. Bukan apa, dalam beberapa bulan ni, MRSA kerap menyerang. Untuk elakkan berulangnya MRSA, anak perlu juga antibiotik V.


Alergik, bagaimana nak atasinya? ID dah fikirkan caranya. Semalam, anak diberikan sejenis ubat P dahulu sebelum diberi antibiotik V. Mula dengan rate perlahan, tengok anak tiada apa-apa, rate ditambah sedikit.

Alhamdulillah, dah 4 kali diberi antibiotik V, anak tidak tunjukkan tanda-tanda alergik. Syukur! Risau tau kami. Tak boleh nak tidur asyik perhatikan anak kalau-kalau ada keluar tanda alergik.

Anak akan diberi antibiotik V, 4 kali sehari. Berapa hari, itu tidak pasti. Mungkin sehingga result darah anak dah free MRSA. Kita doakan saja yang terbaik buatnya. Terima kasih ID yang berikan solution. Inshaa Allah, bila dah sembuh, MRSA tak datang lagi. Mudah-mudahan.

DAH TAK ALERGIK ANTIBIOTICS VANCOMYCIN?

$
0
0
Hari kedua on antibiotics Vancomycin. Lihat kepada anak, tiada tanda-tanda alergik. It's a good news. Kali terakhir on antibiotics Vancomycin ialah pada Tahun 2015. Rasanya awal tahun. Waktu itu, habis naik kemerahan pada kulit anak.


Alhamdulillah, doctors jumpa cara untuk berikan anak antibiotics Vancomycin tanpa alahan. Didahulukan dengan sejenis ubat, barulah diberi antibiotics Vanco. Oh ya, antibiotics Vancomycin infused melalui Central Venous Line (CVL) anak.

Terima kasih banyak-banyak kepada doctors and teams yang berusaha mencari jalan penyelesaian MRSA anak. Semoga kuman yang ada nyah, dan tidak kembali lagi, mudah-mudahan.

TABUNG KAISAH DAN RAISAH

$
0
0
Usia kembar Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani yang menderita sindrom usus pendek dan bocor kini sudah mencecah 2 tahun, namun kembar ini tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman mereka sejak dilahirkan kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada peralatan hospital.

Kanak-kanak lain di hospital, dapatlah juga merasa pulang ke rumah. Sejak kembar dilahirkan pada 6 Januari 2015, mereka sekeluarga sudah 2 tahun berkampung di hospital atas belas ihsan pihak hospital yang memahami keadaan kami.

Dunia kembar ini hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Jika mereka berasa sedikit kuat dan sihat, mereka akan dibawa bersiar-siar di pekarangan hospital.


Kaisah yang menderita sindrom usus pendek, masih gagal memberikan tindak balas positif biarpun sudah menjalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari. Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagiannya berada di luar. Usus Kaisah sepatutnya sepanjang dua hingga ke tiga meter, namun sehingga kini hanya 28.5 sentimeter (cm).

Sementara Raisah pula sudah dua kali menjalani pembedahan dan masih berdepan masalah usus rosak, sempit dan bocor. Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan), namun apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan hingga ususnya tidak dapat menyerap zat makanan walaupun susu ibu.

Kembar Kaisah dan Raisah perlu bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup jika tidak tubuh mereka akan lemah sekiranya mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari.


Doktor ada memberi peruntukan awal iaitu sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membeli tiga mesin khas termasuk peti ais khas bagi penyimpanan TPN, pendingin hawa, membina bilik khas yang mempunyai bilik air dan perabot khas bagi menyimpan ubat-ubatan dan alat pakai buang.

Marilah kita sama-sama membantu keluarga kembar Kaisah dan Raisah ini. Sebarang bantuan untuk Tabung Kaisah dan Raisah, boleh disalurkan di 514486524118 (Maybank), Puan Nur Hidayah Mukhtar.

ADIK PUNYA PASAL, ABANG TAK KISAH

$
0
0
Minggu ni keadaan adik Izz agak stabil. Sejak on antibiotik V dan ubat P untuk cegah alergik tu, adik Izz dah tak demam. Dia pun nampak dah semakin baik. Alhamdulillah.

Minggu ni setiap hari aku dan anak-anak sampai rumah sudah malam. Kalau ikutkan jarak perjalanan 40km tu, bukanlah jauh sangat. Tapi, faham-faham sajalah bagaimana keadaan jalanraya di kotaraya ni.


Minggu ni sengaja aku balik lewat sedikit dari biasa. Sebabnya setiap petang selepas waktu kerja dan sekolah anak-anak, aku bawa mereka ke wad jenguk adik Izz. Dan, adik Izz sangat happy dengan kehadiran abang-abangnya.

Minggu ni je lah ye. Aku tak boleh buat begitu selalu sebabnya kasihan pula kepada abang-abang adik Izz ni. Sampai rumah dah jam 9.00pm, jam 11.00pm dah masuk tidur, esoknya jam 5.45am kena bangun pagi bersiap-siap ke sekolah pula.


Minggu ni nampak mereka agak penat. Kadang tu, sampai rumah mandi dan bersiap, terus tidur. Aku dah tanya mereka dahulu, tak apa ke balik lambat hari-hari ni? Mereka tak kisah.

Jadi minggu ni adik punya pasal, abang-abang tak kisah ye! Esok, biar mereka berehat. Kalau pun ke wad, biar aku saja yang pergi. Biasanya, mereka nak ikut. Hehehe. Semoga dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.

MAKAN DAH MAKAN, BAGAIMANA KADAR SERAPANNYA?

$
0
0
Anak semakin membesar, usianya hampir 4 tahun, banyak nampak perubahannya. Ada yang kurang ketara dan ada yang agak ketara. Paling ketara, bab makan.

Sejak anak dimasukkan ke wad pada 4 Januari yang lepas, Nutrisi Parenteral (TPN) yang diterimanya setiap hari, dihentikan buat sementara sementara. Ini bertujuan untuk merawat jangkitan MRSA pada tiub Central Venous Line (CVL) nya. Sejak itu, selera makan anak agak berbeza.


Sebelum ini, hendak berinya makan bubur nasi pun perlu dipaksa. Kadang-kadang, terhidu bau makanan pun sudah meloyakan tekaknya. Dan dia akan muntah. Bila ditanya “adik nak makan?", “takkk nakkk", katanya.

Berbeza kali ini. Setiap makanan yang dia nampak, dia akan minta “nakkk nakkk nakkk". Dan aku cukup, cukup seronok apabila makanan yang diberikan kepadanya, dia akan suapkan ke mulutnya. Dia sudah berani hendak mencuba makanan. The best part, dia langsung tidak muntah. Syukur! Semoga berterusan hendakNYA.


Anak makan tak banyak, dia akan gigit sikit-sikit, tapi kerap. Aku tahu, walaupun anak sudah mula makan tapi tetap tidak mencukupkan keperluan nutrisi hariannya. Yang aku tak tahu, berapa peratus kadar serapan usus pendeknya dengan apa yang dia makan.

Kali terakhir yang aku dengar, `jika diberi susu sebanyak 15ml, kadar serap ususnya adalah 40%'. Itu susu, jika makanan bagaimana?

PLAN SELEPAS HABIS ANTIBIOTIK?

$
0
0
Terima kasih kepada Infectious Diseases (ID) yang cari jalan bagaimana menangani jangkitan MRSA pada tiub CVL adik Izz dengan menggunakan antibiotik Vancomycin tanpa ada kesan alergik. Caranya, dahulukan dengan Piriton (kalau tak silap aku lah!) sebelum on Vancomycin. Dan tengah malam ini last lah adik Izz on antibiotik Vancomycin 14 hari.

Memang sepanjang on Piriton dan Vancomycin tu, tiada tanda-tanda adik Izz alergik. Alhamdulillah. Dan dengar-dengarnya adik Izz dah clean MRSA berdasarkan keputusan ujian darah yang lepas. Ujian darah yang baru ni, belum tahu lagi bagaimana.


Sejak adik Izz warded, Nutrisi Parenteral (TPN) dihentikan sementara. Sehingga hari ini sudah 20 hari adik Izz tanpa TPN. Sebagai ganti tidak diberikan TPN, kenalah drip 24 jam.

Malam ni last antibiotik. Apa plan esok ye? Adakah boleh discharge for Home Parenteral Nutrition (Home TPN)? Ataupun beri adik Izz TPN dahulu di wad selama beberapa hari for observation? Tunggu apa kata doktor nanti. Mudah-mudahan, semuanya baik-baik saja.

TERUSKAN DENGAN NUTRISI PARENTERAL

$
0
0
Akhirnya, sudah habis beri adik Izz antibiotik. 14 hari tu on Vancomycin. Dengar-dengarnya lah, dah negative MRSA. Alhamdulillah. Sekarang ni, mula semula lah beri adik Izz TPN.

Tiga minggu tanpa TPN, nampaklah susutnya. Mula masuk wad hari tu, berat badannya 13.9kg. Timbang hari ini, berat badannya 12.1kg. Fuhhh, boleh tahan turunnya tu.


Semalam dah mula infused TPN, 24 jam. Mungkin hari ini, dikurangkan kepada 12 jam pula. Harap, bila dah mula terima TPN ni, naiklah berat badan adik Izz. Mudah-mudahan.

Adik Izz dah mula untuk makan. Pelbagai juadah dia dah cuba. Tapi, iyalah adik Izz kan short bowel, berapa banyak serap tu yang jadi hal bukannya berapa banyak dia makan.

Semoga TPN ni tak bantutkan selera makan adik Izz. Bukan apa, sebelum-sebelum ni bila dapat TPN, langsung dah taknak makan. Sepanjang sejak semalam on TPN, ok lagi lah selera makannya. Semoga dipermudahkanNYA.

ANAK CUTI SEKOLAH, MAK AYAH YANG PENING?

$
0
0
Bila tiba cuti persekolahan, mulalah runsing kan? Tambah-tambah yang tiada penjaga dan mak ayah tiada cuti atau simpan cuti. Itu yang sampai bawa anak-anak ke pejabat. Kalau baby, pun sama. Ada taska yang turut cuti sama dengan cuti persekolahan. Yang pengasuh pula, dah nama cuti umum, mesti nak balik kampung, kan?


Aku bertuah. Mak ayah mertua aku tinggal sekali disini. Bila cuti sekolah, aku tak perlu fikir siapa nak jaga anak? Anak-anak nak bawa ke pejabat ke? Aku tinggalkan saja mereka dengan atok dan opah.

Cuti persekolahan kali ini seminggu. Sempena cuti Tahun Baru Cina dan cuti Hari Wilayah. Tinggallah mereka di rumah dengan mertua aku. Aku tetap juga bekerja. Petang pula aku ke Hospital Kuala Lumpur temankan isteri dan anak bongsu aku.

Itu je yang nak diceritakan. Hehehe.

BUKAN TAK NAK BAWA SEKALI, TAPI.....

$
0
0
Rasa berbelah bagi pun ada. Adik Izz ada dirumah, along Izz dan angah Izz pula ajak keluar. Nak bawa adik Izz keluar sekali, dia baru discaj 4 hari. Nak stay di rumah, kesian pula along Izz dan angah Izz sepanjang cuti sekolah tak kemana-mana pun. Adus!

Mama Izz kata, “tak apalah, bawa saja along dan angah pergi taman. Kesian mereka." Aku terpaksa beritahu adik Izz yang aku, along dan angah hendak ke klinik. Selalu...bila beritahu hendak ke klinik, adik Izz akan ajuk saja apa aku kata “nik..nik", dan dia tak berminat untuk ikut sekali.


Takkan setiap kali aku nak keluar, aku kena beritahu begitu? Rasa bersalah pula menipu anak istimewa ini. Rasa bersalah juga bila dah berjanji dengan along Izz dan angah Izz untuk bawa mereka ke taman, tapi tak tunaikan. Adus lagi!

Jadinya, aku tekad je bawa anak-anak keluar, tinggalkan mama Izz dan adik Izz. Ikutkan, boleh je aku nak bawa adik Izz sekali (gamble!) tapi ..... aku bawa basikal. Jadinya, memang tak muat lah jika mama Izz dan adik Izz follow sama. Ini alasan, sebenarnya aku memang tak mahu bawa. Faham-faham lah keadaan adik Izz yang ada tiub CVL (Central Venous Line) tu. Takut infection.


Tak apalah, nanti bila dah sembuh, bila dah baik, bila dah kuat, bila dah stabil, baru bawa adik izz sekali. Buat masa sekarang, hanya di rumah, dalam kereta dan di hospital sahaja lah `checkpoint' adik Izz. Mudah-mudahan dipermudahkanNYA.

“PAPA, BILA ADIK NAK BAIK?"

$
0
0
Masa aku banyak dengan along dan angah, tapi kurang dengan adik. Masa mama pula banyak dengan adik, tapi kurang dengan along dan angah. Masa bersama-sama pula? Bergantung...

Hal berkaitan dengan persekolahan along dan angah, aku yang uruskan dibantu oleh mama. Manakala hal berkaitan dengan adik, mama yang uruskan dibantu oleh aku.


“Papa, bila adik nak baik?" antara soalan yang kerap ditanya along dan angah. Aku pun tiada jawapan yang pasti, cuma aku boleh jawab “along dengan angah doakan lah adik cepat baik."

Sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan bawa along dan angah keluar. Biasanya hari Sabtu lah. Kalau tidak ke taman, aku akan bawa mereka ke Dataran Putra tu untuk aktiviti berbasikal dan bermain roller blade. Kalau ada movie yang bersesuaian dengan mereka, aku akan bawa mereka menonton wayang.


Bila keluar, mereka ingin sekali bawa adik bersama. Tapi, keadaan adik belum tahap boleh berbuat demikian. Mama akan kata, “adik kan sakit, adik tak boleh ikut". Dan aku akan sahut, “nanti adik dah baik, kita bawa adik sama ye!". Then akan disambung along dan angah, “papa, bila adik nak baik?".

Allah saja yang menyembuhkan. Inshaa Allah, adik akan sembuh. Aamiin...

KAKI JADI KASAR, MEREKAH DAN MENGGELUPAS

$
0
0
Sesekali nampak adik Izz “kopek" kepingan pada kakinya. Beberapa kali nampak adik Izz geselkan kedua kakinya. Kakinya rasa agak kasar, nampak kering, merekah dan menggelupas. Ianya ketara selepas beberapa hari adik Izz discaj wad.

Masa di wad, sudah rasa kakinya agak kasar tapi belum merekah dan menggelupas. Takkan lah ini effect daripada antibiotik 14 hari sebelum ni? Tak, rasanya! Kurang air? Bukan juga, rasanya! Sebabnya hanya pada kaki sahaja, itupun major pada tapak kaki. Ke, salin kulit? Boleh jadi...


Beberapa hari ni, aku cuma sapukan losyen pada kaki adik Izz tapi tiada perubahan. Semalam aku post gambar kaki adik Izz di Instagram, mana tahu ada rakan-rakan boleh membantu.


Alhamdulillah, ramai yang respon dan beri cadangan. Ada yang sarankan gel aloe vera atau cari pokok lidah buaya, ada yang suggest sapukan dengan Virgin Coconut Oil (VCO), ada yang cadangkan virgin olive oil, banyaklah cadangan.

Inshaa Allah, aku akan cuba. Tak apa, kita usaha dengan harapan kaki adik Izz sembuh. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu. Esok Inshaa Allah adik Izz ada routine checkup di Peads, boleh lah tanya doktor sama.

TAK TAKUT LIPAS

$
0
0
Aku takut lipas. Iya, memang aku takut lipas! Kenapa? Aku pun tak tahu. Dirumah .. bila ada lipas, mama Izz yang akan `hempuk' dengan selipar dan buang. Jika tiba-tiba mama izz takut lipas, aku ada angah yang hebat untuk tolong musnahkan. Angah Izz tak takut lipas.

Along Izz pula? Sama sama dengan aku. Nampak lipas, melompat atas sofa. Selagi lipas ada, selagi itu tak turun-turun. Terjerit-jerit dia, “lipas, lipas, lipas".


Paling tak sangka, adik Izz. Hari tu adik Izz checkup di wad, habis awal. Sementara tunggu stok TPN (Nutrisi Parenteral) sampai, kami lepak dulu di lobi Institut Pediatrik HKL tu.

Sedang tunggu TPN, ada seekor lipas lalu. Along Izz awal-awal dah panjat bangku. Adik Izz yang sedang melayan Robocar Poli tu, selamba dia pijak lipas tu sampai mati. Eh, adik Izz tak takut lipas?

Malu wo... Tapi, kan ... lipas tu kecik je daripada kita. Tapi, kenapa kita takut lipas?

PAPA, KENAPA ANGAH KENA CUTI?

$
0
0
Minggu lepas, along dapat MC 3 hari kerana sakit dada kesan jatuh dari basikal. Jadinya, hanya angah saja yang bersekolah. Tapi, angah tak tanya apa-apa pun. Minggu ini, angah pula yang dapat cuti. Jadinya, hanya along saja yang bersekolah. Tapi, along ni banyak tanyalah pula.

“Papa, kenapa angah kena cuti?". Sudah 2 hari along tanyakan soalan ini pada aku. Waktu pagi hantar ke sekolah along tanya “papa, kenapa angah kena cuti?", waktu petang ambil dari sekolah pun along akan tanya lagi “papa, kenapa angah kena cuti?".


Kenapa ye angah kena cuti? Begini kisahnya, jeng jeng jeng. Hahaa! Atok dan opah sedang menjalani ibadah umrah. Minggu depan baru balik. Dan mama kenalah bercuti kerana menjaga adik dirumah. Dapat agak kan, kenapa? Hehee!

Aku tak sampai hati tinggalkan mama dan adik berdua dirumah. Jadinya, aku berikanlah cuti kepada angah untuk temankan mama dan adik. Sekurang-kurangnya, bila mama perlu memasak atau buat kerja-kerja rumah, angah ada untuk tolong tengok-tengokkan adik. Itu je sebabnya kenapa angah kena cuti.


Lagipun, aku dah beritahu kepada cikgu angah yang dia cuti minggu ini. Along tak bolehlah cuti, sayang tinggalkan pelajaran, dia dah darjah 3. Kalau along cuti, dia akan terlepas 2 sesi persekolahan. Sesi sekolah pagi dan sesi KAFA petang.

Angah pula masih tabika, sayang juga tinggalkan pelajaran sebenarnya, tapi mama masih boleh tolong ajarkan angah sikit-sikit ulangkaji dirumah. Sambil tu, adik pun boleh sama join. Takdalah adik bosan sangat mengadap muka mama dia je. Hahaa...kelakar kan!

Minggu depan, angah sekolah lah semula. Along bosan sebenarnya tu, dalam kereta takda teman gaduh. Dengan papa, petang-petang takdanya nak main-main. Tensen kot, jalan jem. Hehee...

RETAK MENANTI BELAH

$
0
0
Kenapa dengan CVL (catheter) adik Izz? Ramai yang tertanya-tanya, kan. CVL, sangat penting untuk salurkan Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Saja diamkan diri daripada bercerita penuh di media sosial, tetapi ada juga beri hint sebenarnya.


Kejadiannya berlaku hari Rabu yang lepas lagi. Waktu “routine checkup" di wad hari tu ok saja. Petang semasa “dressing" pun ok saja. Tapi, tak sampai beberapa ketika on TPN, baju adik Izz basah. Berlaku kebocoran (cracked) pada tiub CVL adik Izz. Aduhai!

“Cracked" berkenaan hampir dengan luer adapter tiub (catheter) adik Izz. Tak besar sangat “cracked"nya, tapi kalau dah TPN boleh leaking, bahaya juga.

Sudah refer dengan paediatric, buat sementara CVL adik Izz masih boleh digunakan selagi ianya boleh digunakan dan adik Izz pula dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Jika demam tinggi, emmm faham-faham sajalah.


Bagaimana CVL yang dah “cracked" masih boleh digunakan? Kawasan “cracked" berkenaan dibalut-lilitkan dengan Tegaderm. Setiap kali “flushing" dilakukan, aku akan perhati kawasan berkenaan. Jika tidak “leaking", Alhamdulillah. Jika “leaking", nampaknya kenalah tukar Tegaderm.

Harapnya, “cracked" yang ada ni, tidaklah semakin meluas “cracked"nya. Biarkan penyelesaian sekarang ni (balut Tegaderm) boleh bertahan lama.

Mudah-mudahan.

KENAPA KENA DRESSING SEMASA CHECKUP?

$
0
0
Home Parenteral Nutrition (HPN) ataupun Home TPN. Inilah yang adik Izz sedang jalani sekarang. Meneruskan rawatan Total Parenteral Nutrition (TPN) di rumah. 

Sumber : Google

Apabila di rumah, adik Izz perlu ke wad setiap 2 minggu untuk ambil darah dan timbang berat badan. Tujuannya (mengikut kefahaman aku) ialah untuk pharmacist menyediakan keperluan nutrisi adik Izz mengikut keperluannya. Adalah kiraannya, itu bukan bidang aku.

Kenapa aku mahu adik Izz di dressing CVL (Central Venous Line)nya semasa routine checkup? Sebabnya aku mahu orang yang arif (jururawat) melihat sendiri keadaan exit site CVL adik Izz. Jadi, bila doktor bertanyakan mengenai tiub CVL adik Izz, ada jururawat yang boleh beritahu.

Ada ketika bila adik Izz routine checkup, tak perlu pun untuk dressing. Aku cuma tunjukkan gambar sahaja kepada doktor. Gambar berkenaan aku snap semasa last dressing adik Izz di rumah. Tak sama sebenarnya bila tunjuk gambar dengan lihat secara terus. 

Pernahlah jadi ... Ermmm, tak boleh cerita! Hahaha.

Sumber : Google

Apapun, adik Izz Alhamdulillah dalam keadaan yang baik setakat hari ini. Semoga terus baik hendakNYA. Mudah-mudahan.


SIAPA NAMA BABY HASRUL HASSAN

Viewing all 355 articles
Browse latest View live